(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Sabtu, 12 November 2011

DIAM YANG MENGHASILKAN QALBU YANG BIJAKSANA



Dalam usaha mendewasakan diri salah satu langkah awal yang perlu dipelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w " sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam", hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Jenis-Jenis Diam

Sesungguhnya diam itu bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang diam menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, keadaan diri dan lingkungannya. berikut ini boleh anda lihat jenis-jenis diam:

1.Diam Bodoh :
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti dikatakan. hal ini boleh kerana kekuranan ilmu pengetahuan dan kurangnya pengertian, atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun diam ini jauh lebih baik dan selamat daripada memaksakan diri bercakap dan merasa tahu.

2.Diam Malas :
Diam jenis ini merupakan keburukan, kerana diam ketika orang memerlukan perkataanya, dia enggan bercakap kerana merasa sedang tidak ada mood, tidak berselera atau malas.

3.Diam Sombong :
Ini pun termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang mengajak bercakap tidak setaraf dengannya.

4.Diam Khianat :
Ini merupakan diam orang yang jahat kerana diam itu untuk mencelakakan orang lain. Diam ketika diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah dia yang keji.

5.Diam Marah :
Diam seperti ini ada baiknya dan ada pula buruknya, baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang dapat lebih memburukkan keadaan dan suasana. Namun, buruknya adalah dia berniat bukan unutk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemurkaannya, sehingga dengan diam itu boleh menambah masalah.

6.Diam Utama (Diam Aktif) :
Maksud diam utama (aktif) adalah bersikap diam hasil dari pemikiran, perenungan dan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap menahan diri (diam) maka akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes