(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Khamis, 5 Januari 2012

HATI DAN JIWA YANG MAMPU MENGAWAL AMARAH

   
 Bersegeralah menuju ampunan Allah yang mempunyai syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik pada masa lapang ataupun diwaktu sempit, dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang, Allah akan memberi hidayah-Nya kepada orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

     Marah itu dapat merosakkan iman, seperti pahitnya jadam merosakkan manisnya madu. tidaklah dikatakan pemberani kerana seseorang cepat meluapkan amarahnya. Seseorang pemberani adalah orang yang dapat menguasai diri dan hawa nafsunya ketika dia marah.

     Dari Abu Hurairah, bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Berilah nasihat kepadaku." Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu marah!" lalu baginda mengulanginya.

     Amarah tidak mulak seratus-peratus dilarang kerana amarah itu sebahagian dari anugerah Allah s.w.t. yang mesti kita ketahui amarah yang bagaimana yang boleh membawa berkat dan amarah yang bagaimana yang boleh mendatangkan musibah.

    Menurut Rasulullah, marah itu seperti jadan yang merosakkan manisnya madu. Sekuat mana pun keimanan seseorang sekiranya dia seorang pemarah maka boleh rosak kualiti keimanannya.

    Ada orang yang lambat marahnya, lambat redanya dan lama bermusuhannya. Ini termasuk dalam kategori marah yang buruk. Ada juga orang yang cepat marah dan cepat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang kurang bagus. ada juga yang orang yang cepat marah dan lamabat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang paling buruk. Dan yang paling bgus adalah lambat marahnya tetapi cepat redanya...

     Berbahagialah orang yang punya kesedaran untuk menahan amarahnya, bukan tidak boleh marah tetapi sebolehnya tahan sekuat-kuatnya. Kita tidak boleh memaksa orang lain berbuat ramah dan sopan kepada kita. Makin banyak harapan kita kepada orang lain maka makin besar kemungkinan kita akan sakit hati  Jadi kita tidak boleh memaksa orang lain bersikap seperti kita inginkan. yang mesti kita usahakan, kita mesti boleh mengambil sikap terhadap orang lain dengan sikap yang terbaik, apa pun yang mereka lakukan.

     Jadi sekiranya ada orang yang marah jangan ditentang tetapi hendaklah diterima, bukannya membenarkan kemarahan tetapi memahaminya untuk berdamai. Dengan adanya amarah kita mampu membela keluarga kita, dengan adanya amarah, kita mampu membela agama kita dan dengan adanya amarah juga, kita mamapu membela orang yang lemah.

     Rasulullah marah pada ketika yang tepat dengan alasan yang tepat, hasilnya manfaat. Seperti ketika pembahagian harta setelah perang Hunain berakhir. Kaum Ansar menuduh Rasulullah tidak adil. Rasulullah marah dan berkata: "Jika Allah dan Rasul-Nya tidak adil maka siapa lagi yang adil. Marahnya Rasulullah singkat, mempunyai makana yang mendalam, dan tidak menyakiti sesiapa pun akan tetapi membangkitkan kesedaran. Yang paling penting sekiranya kita marah kepada seseorang dan natijahnya berubah menjadi baik @ lebih baik, tanpa terluka dan tanpa berlaku zalim.

     Menahan amarah adalah dengan cara banyak beristigfar, banyak membaca ta'wwudz, berwudhuk atau pindah dari tempat tersebut. Jangan biarkan kita berda di tempat yang akan memancing kemarahan dan jika kita sudah marah sebaiknya kita bertaubat kepada Allah s.w.t.... Wallahu'alam..


p/s: penulis mendokan agar semua pembaca dapat mendidik qalbu dalam menahan amarah.. =)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes