(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Selasa, 15 November 2011

KAHSIAT RUTAB (Kurma Masak Yang Belum Dijemur)



RUTAB (Kurma Masak Yang Belum Dijemur)

Allah s.w.t. berfirma kepada Maryam didalam Surah Maryam, ayat ke 25 dan 26 yang bermaksud :

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu……”

Di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Jaafar, bahawa ia mengkhabarkan: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. memakan timun dengan kurma masak.” Manakala dalam Sunan Abi Daud diriwayatkan dari Anas bahawa ia mengkhabarkan: Rasulullah s.a.w. biasa berbuka puasa dengan memakan beberapa kurma masak sebelum sembahyang. Jika tidak ada kurma yang masih segar, Baginda memakan kurma masak yang sudah dijemur. Jika tidak ada juga, baginda cukup meneguk air putih sahaja (air kosong).

Sifat kurma masak yang segar adalah panas dan lembap, boleh menguatkan perut basah dan amat sesuai dengan keadaan perut secara alami, menambah stamina, menyuburkan pertumbuhan badan serta amat sesuai untuk mereka yang mempunyai penghadaman sejuk, pada waktu yang sama juga mengandungi banyak zat yang berguna.

Kurma adalah buah-buahan yang paling sesuai untuk penduduk Madinah dan juga kota-kota lain di negeri-negeri yang mempunyai kurma. Kurma lebih elok untuk tubuh, meskipun bagi yang belum terbiasa meyebabkan bau badan yang tidak sedap bahkan boleh menyebabkan darah berlebihan, dan jika dimakan terlalu banyak menyebabkan pening dan pandangan menjadi pitam serta menyebabkan sakit gigi. Cara mengatasinya ialah dengan meminum minuman sakanjabin (sejenis minuman dari Parsi) dan seumpamanya.

Cara Nabi s.a.w. berbuka puasa dengan memakan kurma atau air putih mengandungi hikmah yang mendalam sekali, ini kerana ketika berpuasa perut menjadi kosong dari sebarang makanan, justeru tidak ada yang amat sesuai untuk hati yang dapat diberi terus ke setiap organ tubuh serta menjadi tenaga, selain kurma dan air. Karbohidrat ayang ada dalam kurma lebih mudah sampai ke hati dan lebih sesuai dengan keadaan organ tersebut. Terutama sekali kurma nasak yang masih segar. Hati akan lebih mudah menerimanya hingga amat berguna bagi organ ini sekaligus juga boleh langsung menjadi tenaga.

Jika tidak ada kurma segar, kurma masak yang kering pun baik, kerana ia juga mengandungi zat gula serta mengenyangkan. Jika tidak ada juga, cukup dengan beberapa teguk air sekadar untuk memadamkan panas perut akibat puasa hingga siap menerima makanan selepas itu, dan menambahkan selera makan..

Sumber: kitab At-Tibb an-Nabawiy (Ibnu Qayyim Al-Jauziah) bab65/15, m/s:395,396

Sabtu, 12 November 2011

DIAM YANG MENGHASILKAN QALBU YANG BIJAKSANA



Dalam usaha mendewasakan diri salah satu langkah awal yang perlu dipelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w " sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam", hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Jenis-Jenis Diam

Sesungguhnya diam itu bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang diam menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, keadaan diri dan lingkungannya. berikut ini boleh anda lihat jenis-jenis diam:

1.Diam Bodoh :
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti dikatakan. hal ini boleh kerana kekuranan ilmu pengetahuan dan kurangnya pengertian, atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun diam ini jauh lebih baik dan selamat daripada memaksakan diri bercakap dan merasa tahu.

2.Diam Malas :
Diam jenis ini merupakan keburukan, kerana diam ketika orang memerlukan perkataanya, dia enggan bercakap kerana merasa sedang tidak ada mood, tidak berselera atau malas.

3.Diam Sombong :
Ini pun termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang mengajak bercakap tidak setaraf dengannya.

4.Diam Khianat :
Ini merupakan diam orang yang jahat kerana diam itu untuk mencelakakan orang lain. Diam ketika diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah dia yang keji.

5.Diam Marah :
Diam seperti ini ada baiknya dan ada pula buruknya, baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang dapat lebih memburukkan keadaan dan suasana. Namun, buruknya adalah dia berniat bukan unutk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemurkaannya, sehingga dengan diam itu boleh menambah masalah.

6.Diam Utama (Diam Aktif) :
Maksud diam utama (aktif) adalah bersikap diam hasil dari pemikiran, perenungan dan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap menahan diri (diam) maka akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap.

Sabtu, 5 November 2011

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Air Zamzam adalah penghulu segala air. Air yang paling baik dan tinggi darjatnya, paling disukai dan paling berharga bagi umat manusia. Air Zamzam adalah ‘lesung’ Jibril dan ‘minuman’ ⁴ Ismail.

Menurut riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar yang ketika itu sudah menetap di Makkah selama empat puluh malam, tanpa mempunyai sedikit pun makanan. Nabi s.a.w. berkata kepadanya: “Sesungguhnya air Zamzam itu adalah makanan bagi yang lapar….” Dalam riwayat selain Muslim ditambahkan: “….dan ubat bagi penyakit….”

Manakala dalam Sunan ibnu Majah menerusi hadis Jabir bin Abdullah, dari Nabi bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شَرِبَ لَهُ.

"Air Zamzam member khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya.”

Sebahagian ulama menyatakan hadis ini lemah kerana dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah Al-Muammal,⁵ meriwayatkan dari Muhammad bin Muslim⁶ (Al-Makki).

Kami mendapat riwayat dari Abdullah bin Al-Mubarak bahawa Baginda pernah berhaji dan mendatangi perigi Zamzam sambil berdoa: “Sesungguhnya Ibnu Abil Maula⁷ menyampaikan satu riwayat kepada kami, dari Muhammad bin Al-Munkadir, dari Jabir, dari Nabi bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شَرِبَ لَهُ فَإِنِّى أَشْرَبُ لِظَمَأٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Air Zamzam itu berkhasiat bergantung pada niat orang yang meminumnya. Aku sengaja meminumnya untuk menghadapi rasa haus di akhirat nanti.”

Ibnu Abul Mawali seorang perawi yang dipercayai, hingga hadis ini hasan, bahkan sebahagian ulama menyatakannya sebagai hadis sahih. Sebahagian diantara mereka menganggapnya sebagai hadis maudhu’. Setiap satu dari kedua-dua pendapat itu (yang menyatakan sahih @ palsu), adalah pendapat yang agak keterlaluan.

Penulis sendiri dan banyak muslim lainnya telah mencuba meminum air Zamzam dengan niat mendapat pelbagai keajaiban. Penulis pernah meminumnya dengan niat mendapat kesembuhan dari beberapa jenis penyakit, dengan izin Allah seluruh penyakit itu sembuh. Penulis juga menyaksikan sendiri ramai diantara mereka yang menjadikan air Zamzam sebagai pengganti makanan berhari-hari hingga setengah bulan atau lebih, tetapi mereka idak merasa lapar, bahkan boleh ikut bertawaf sebagaimana orang lain. Bahkan ada yang memberitahu penulis bahawa ada yang bertahan hingga empat puluh hari dalam keadaan segar bugar, boleh berpuasa dan terus menerus bertawaf hanya dengan minum air Zamzam… Wallahua’lam.

(⁴) Begitulah dalam naskah asal dan Zadul Ma’ad serta Al-Fathul Kabir III: 75. Dalam Al-Hakam tidak demikian. Dua kalimat itu adalah dicupilkan dari sebuah hadis masyhur.

(⁵) Begitulah dalam Zadul Ma’ad dan Sunan Ibnu Majah II: 130. Manakala dalam naskah asal disebutkan: “…Ibnu Abil Mawali” itu satu kesilapan

Jumaat, 4 November 2011

Pahala Amal Bergantung Kepada Niat (Hadis 40 Imam Nawawi, bab 1)



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.”

(It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:
"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated.")

(riwayat al-Bukhari no 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689.6953, muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasa’I no. 1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)


PERTAMA

Dalam hadi ini disebutkan kalimah “diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya.” Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat. Maksunya, segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama. Misalnya wuduk, mandi wajib, tayamum, solat , zakat, puasa, haji, iktikaf dan ibadah-ibadah lain.

Bagaimanapun, ada segolongan ulama yang berpendapat bahawa wuduk dan mandi tetap sah sekalipun tanpa niat. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.

Sebahagian memahami niat itu sebagai syarat, iaitu amal itu sah hanya apabila disertai dengan niat dan sebahagian yang lain memahami niat itu sebagai penyempurnaan.

KEDUA

Kalimah “sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya” menurut Khatabi menunjukkan penertian berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.

Juga Syeikh Muhyidin al-Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.

Sekiranya seseorang mengqada solatnya yang telah luput, dinilai tidak sah tanpa niat qada. Juga dia harus berniat jenis solat yang sama ada solat zuhur, asar atau lain-lainnya. Sekiranya kalimah kedua dia atas menetapkan pengertian seperti yang pertama, nescaya dibenarkan mencukupkan niat tanpa mengkhususkan perbuatannya, atau asal sudah berniat solat sahaja.


KETIGA

Berhubung kalimah “Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya,” ahli bahasa Arab menetapkan bahawa kalimah “ syarat dan jawabnya”, begitu juga “mubtada’ (subjek) dan khabar (prediket)” Haruslah berbeza. Sedangkan dalam kalimah di atas ternyata kedua-duanya sama. Kerana itu, kalimah syaratnya bermakna niat atau maksud baik secara bahasa mahupun syariat.

Maksudnya, sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka akan mendapat pahala daripada hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

KEEMPAT

Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan, minum, tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.

KELIMA

Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:

  1. IBADAH HAMBA: Ibadah orang yang takut kepada Allah.
  2. IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
  3. IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.
KEENAM

Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan di dunia dan mendapat pahala di akhirat.


"Hadis ini diturunkan kerana seorang lelaki yang mengikuti Rasulullah berhijrah dari Mekkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Kerana itu dia digelar Mujahir Ummu Qais


KEUTAMAAN & KELEBIHAN 10 BULAN ZULHIJJAH



Bulan Zulhijjah menghampiri kita. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan

dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, "Demi fajar, dan malam yang sepuluh" Al Fajr:1-2

Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir). (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini, “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya, sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf”. (Ibnu Kathir:4/535)

Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah Al Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut. Allah Taala berfirman, maksudnya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak”. (Al Hajj:27-28)

Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menukilkan riwayat dari Ibnu Abbas, “Al Ayyam Al Ma’lumat (hari-hari yang ditentukan) adalah hari-hari yang sepuluh” (Tafsir Ibnu Kathir:3/239). Maka dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan kemuliaan hari-hari yang sepuluh dari Zulhijjah telah datang secara jelas dalam Al Quran Al Karim yang dinamakan dengan Ayyam Ma’lumat karena keutamaannya dan kedudukannya yang mulia.

Manakala dari hadis, terdapat keterangan yang menunjukkan keutamaan dan kemuliaan sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah ini, di antaranya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, "Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)". Para sahabat bertanya, "Tidak pula jihad di jalan Allah? Nabi S.A.W, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun" (Sunan Abi Daud dan Ibnu Majah).

Dianjurkan ke atas orang Islam pada hari-hari tersebut untuk bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, di antaranya solat, membaca Al Quran, zikruLlah, memperbanyak doa, membantu orang-orang yang kesusahan, menyantuni orang miskin, memperbaharui janji kepada Allah Taala. Masih ada satu amalan lagi yang utama pada hari-hari tersebut, iaitu berpuasa sunnah di dalamnya.

Terdapat dalam Sunan Abi Daud dan lainnya menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada 9 Dzulhijjah (rujuk Sunan Abi Daud no.2437)

Manakala Syeikh Muhammad bin Soleh Al Munajjid berkata, “Di antara musim ketaatan yang agung adalah sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang telah Allah muliakan atas hari-hari lainnya selama setahun dan hal ini diperkuat dengan beberapa bukti di bawah ini :

1. Allah Taala telah bersumpah dengannya. Dan bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil besarnya manfaat. Allah Taala berfirman bermaksud, “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” (Al Fajr:1-2). Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zilhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibni Kathir:8/413)

2. Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersaksi bahawa hari-hari tersebut adalah seutama-utamanya hari-hari dunia sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis shahih.

3. Rasulullah S.A.W menganjurkan untuk memperbanyakkan amal solih di dalamnya. Sesungguhnya kemuliaannya mampu diperoleh oleh setiap penduduk negeri, sementara keutamaan tempat hanya dimiliki oleh jama’ah haji di Baitil Haram.

4. Rasulullah S.A.W juga memerintahkan untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibnu Umar R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal solih di dalamnya lebih dicintai olehNya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya” (Musnad Imam Ahmad 7/224, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya).

5. Di dalamnya terdapat Hari 'Arafah. Hari 'Arafah adalah hari yang disaksikan yang di dalamnya Allah menyempurnakan ajaran deenNya sementara puasanya akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun.

6. Di dalamnya terdapat ibadah 'udhiyyah (berkorban) dan haji".

Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaumun nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun. Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya. Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan bahagian dari nikmat Allah yang besar atasnya. Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikan segera untuk menghormatinya dengan semestinya. Dan kewajiban seorang Muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya menjalankan ketaatan. Sesungguhnya di antara kurnia Allah Taala atas hambaNya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan kepelbagaian bentuk ketaatan agar semangat seorang Muslim sentiasa thabat, tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes