(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Jumaat, 16 Disember 2011

qalbu yang tidak takut kepada celaan


Kejernihan dan kekotoran hati seseorang itu akan nampak jelas tatkala dia dikritik, mendapat celaan atau penghinaan orang lain. bagi orang yang lemah dan goyah imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia skan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan membalas. mungkin dengan cara-cara mengorek aib lawannya tersebut atau mencari alasan-alasan untuk membela diri, yang ternyata perbuatannya tersebut hanya akan membuatnya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Sama seperti orang yang duduk di satu kerusi sementara dibawahnya ada seekor ular berbisa yang bersedia mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahay yang mengancamnya itu. yang seorang menyampaikannya dengan cara yang halus, sedangkan yang lainnya dengan cara yang kasar. Namun, apa yang berlaku? setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulnya, bukan kepada ular namum kepada orang -orang yang memberitahu adanya ular tersebut.

Lain halnya dengan orang yang mempunyai kejernihan hati dan ketinggian akhlak. ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedasyat manapun, dia tetap tabah. Tidak goyah sedikit pun. Mlah ia dapat menikmatinya kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpa tersebut semata-mata berlaku dengan seizin Allah s.w.t.

Allah tahu segala aib dan cela hamba-Nya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa sahaja dan melalui apa sahaja yang dikehendaki-Nya. terkadang berbentuk nasihat yang halus, adakalanya menerusi percakapan dan gurauan seseorang kawan, bahkan kadang-kadang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia juga boleh muncul melalui lisan seseorang guru, ulama, ibu bapa, sahabat, adik, musuh , atau siapa sahaja. Terserah Allah s.w.t.

oleh itu, kenapa anda mesti menyibukkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi anda? padahal semestinya anda bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana tanpa anda membayar atau anda gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukan dan aib yang mengancam amal-amal soleh anda diakhirat kelak.

Justeru, jangan aneh jika anda saksikan orang-orang mulia dan ulama yang soleh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atau pemberitahuan aib yang tidak nampak oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat yang dikasihi sekelian, bagi anda yang berlumur dosa ini, mestilah sentiasa waspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh datang dengan bermacam-macam bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritik. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya menyakitkan.

Bentuk kritik yang mana pun datang kepada anda, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan anda dihadapan siapa pun, sekiranya sikap anda dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t. kerana, sesungguhnya kemulian dan keredhaan-Nyalah yang menjadi penentu.

Allah s.w.t. berfirman:
"Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha engetahui."


    Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina anda, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri anda, maka ia tidak akan membuat diri anda menjadi jatuh ke lembah kehinaan.

    Apalah erttinya kekuatan si makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang kerap lupa bahawa kudrat dan iradat Allah itu berada dia atas segalanya sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya berda dalam genggaman tangannya. Na'udzubillaah!!!


Padahal, Allah s.w.t. telah berfirman:
" Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan.
Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                                                                                                                                     (Surah Ali-Imran)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes