(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Jumaat, 16 Disember 2011

qalbu yang tidak takut kepada celaan


Kejernihan dan kekotoran hati seseorang itu akan nampak jelas tatkala dia dikritik, mendapat celaan atau penghinaan orang lain. bagi orang yang lemah dan goyah imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia skan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan membalas. mungkin dengan cara-cara mengorek aib lawannya tersebut atau mencari alasan-alasan untuk membela diri, yang ternyata perbuatannya tersebut hanya akan membuatnya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Sama seperti orang yang duduk di satu kerusi sementara dibawahnya ada seekor ular berbisa yang bersedia mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahay yang mengancamnya itu. yang seorang menyampaikannya dengan cara yang halus, sedangkan yang lainnya dengan cara yang kasar. Namun, apa yang berlaku? setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulnya, bukan kepada ular namum kepada orang -orang yang memberitahu adanya ular tersebut.

Lain halnya dengan orang yang mempunyai kejernihan hati dan ketinggian akhlak. ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedasyat manapun, dia tetap tabah. Tidak goyah sedikit pun. Mlah ia dapat menikmatinya kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpa tersebut semata-mata berlaku dengan seizin Allah s.w.t.

Allah tahu segala aib dan cela hamba-Nya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa sahaja dan melalui apa sahaja yang dikehendaki-Nya. terkadang berbentuk nasihat yang halus, adakalanya menerusi percakapan dan gurauan seseorang kawan, bahkan kadang-kadang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia juga boleh muncul melalui lisan seseorang guru, ulama, ibu bapa, sahabat, adik, musuh , atau siapa sahaja. Terserah Allah s.w.t.

oleh itu, kenapa anda mesti menyibukkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi anda? padahal semestinya anda bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana tanpa anda membayar atau anda gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukan dan aib yang mengancam amal-amal soleh anda diakhirat kelak.

Justeru, jangan aneh jika anda saksikan orang-orang mulia dan ulama yang soleh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atau pemberitahuan aib yang tidak nampak oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat yang dikasihi sekelian, bagi anda yang berlumur dosa ini, mestilah sentiasa waspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh datang dengan bermacam-macam bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritik. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya menyakitkan.

Bentuk kritik yang mana pun datang kepada anda, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan anda dihadapan siapa pun, sekiranya sikap anda dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t. kerana, sesungguhnya kemulian dan keredhaan-Nyalah yang menjadi penentu.

Allah s.w.t. berfirman:
"Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha engetahui."


    Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina anda, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri anda, maka ia tidak akan membuat diri anda menjadi jatuh ke lembah kehinaan.

    Apalah erttinya kekuatan si makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang kerap lupa bahawa kudrat dan iradat Allah itu berada dia atas segalanya sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya berda dalam genggaman tangannya. Na'udzubillaah!!!


Padahal, Allah s.w.t. telah berfirman:
" Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan.
Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                                                                                                                                     (Surah Ali-Imran)

Ahad, 11 Disember 2011

pembahagian jenis kata (kalimah)

Dalam bahasa Arab jenis kata atau yang di dalam bahasa Arab disebut "kalimah" (word), itu terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

  1. Kalimah fi'il
  2. kalimah Isim
  3. Kalimah huruf
Untuk lebih jelas tentang pembahagian kata dalam bahas arab tersebut, berikut ini akan dijelaskan masing-masing pembahagian jenis kata-kata diatas.


KALIMAH FI'IL

Kalimah Fi'il (verb) ialah mana-mana kata yang menunjukkan pekerjaan atau perbuatan dan berhubungan dengan masa tertentu. Seperti masa lampau (past tense), sekarang (present tense), dan akan datang (futuru tense). dalam bahasa Melayu kalimah Fi'il ini biasa disebut dengan kata kerja.

Kalimah Fi'il ini terbahagi kepada tiga bahagian kata, iaitu;

1. KALIMAH FI'IL MADHI, iaitu kata kerja yang menunjukkan pekerjaan yang telah dilakuakan pada masa lampau atau yang juga biasa disebut dengan zaman madhi (past tense). seperti contoh;


2. KALIMAH FI'IL MUDHORI', iaitu kata kerja yang menunjukkan pekerjaan yang dilakukan pada masa sekarang (yang juga biasa disebut dengan zaman hal (present tense) atau akan datang (yang juga biasa disebut dengan zaman mustaqbal (future tense). seperti contoh;

3. KALIMAH FI'IL AMAR. iaitu kata kerja yang menunjukkan permintaan untuk melakukan pekerjaan atau yang juga disebut dengan thalab (imperative) seperti contoh;


Masing-masing jenis fi'il-fi'il diatas mempunyai ciri-ciri tersendiri akan dihuraikan dibawah ini nanti dalam perbahasahan khas tentang fi'il.


KALIMAH ISIM

Kalimah isim (noun) ialah kata yang menunjukkan bentuk benda-benda konkrit. Dalam bahasa Melayu kalimah isim ini biasa disebut dengan "kata benda".

Kalimah isim ini banyak jenisnya. Namun jenis kata ini sangat mudah dikenali kerana ciri-cirinya. Ciri-ciri kalimah isim tersebut adalah sebagai berikut:


1. Dapat ditanwinkan, seperti contoh;

2. Disertai dengan "al" ta'rif (الْ) didalamnya.

3. Ada huruf nida' atau huruf yang digunakan untuk memanggil (vocative),

4. Dapat dii'rab jar (baris bawah) dengan memasukkan huruf jar atau diidhafahkan (genitive instruction),


KALIMAH HURUF

Kalimah Hurf ialah mana-mana kata yang tidak mempunyai makna jika tidak disambung dengan kata yang lain. Seperti contoh;

(Belum) لَمْ (adakah) هَلْ (kalau) إِنْ (di) فِي

Kata-kata diatas tidak akan dapat ber'amal atau berlaku bila tidak disambungkan bersama dengan kalimah yang lain. Sama ada dari unsur kalimah fi'il mahupun kalimah isim. berikut ini adalah contoh kalimah huruf yang telah dapat ber'amal selepas disambung dengan kalimah yang lain;

Sabtu, 10 Disember 2011

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah


Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes