(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Selasa, 18 Mac 2014

PEPERANGAN AL-FAHL @ (الفحل) Pella

PEPERANGAN AL-FAHL @ (الفحل) Pella
(Kesan Tapak peperangan Fahl @ Pella di lembah Jordan)

   Peperangan ini merupakan salah satu daripada peperangan dalam peristiwa pembukaan tanah Syam oleh tentera Islam.Peperangan ini telah berlaku dikawasan Lembah Jordan, berhampiran dengan bandar Pella (zaman rom) dimana tentera Islam telah menyerang tentera Rom. Peperangan ini berlaku pada tahun 13 Hirah bersamaan 635Masehi.Di dalam rusejarah rujukan barat dan yunani dinamakan sebagai peperangan "Pella".

Sebab Berlakunya Peperangan ini:
Selepas kekalahan tentera Rom dalam peperangan Ajnadeen (أجنادين), mereka telah mengumpul kekuatan disebalik kubu pertahanan yang terletak di kawasan yang dinamakan Pella, ianya terletak di kawsan tanah tinggi di lembah Jordan. Struktur kawasan ini adalah setinggi150 meter daripada paras laut dan memanjang sepanjang lembah Jordan. kira-kira hampir 50KM ke selatan Sungai Yarmouk.

Ahad, 8 Januari 2012

KESUSASTERAAN & PIAWAI MODEN ARAB


Istilah "Arab" mungkin merujuk samada kepada Kesusasteraan Arab (fuṣḥā) atau samada kepada pelbagai ditempatankan aneka arab biasanya dipanggil "Bahasa Arab Basahan". Orang Arab memikirkan kesusasteraan Arab sebagai bahasa piawai dan cenderung untuk memandang segala yang lain sebagai hanya dialek. Kesusasteraan Arab (Arab: اللغة العربية الفصحى ​ translit: al-lughatu’l-‘arabīyyatu’l-fuṣḥā "Bahasa Arab yang paling fasih", kata Melayu "fasih" berasal dari akar kata Arab "fusha" فصحى), merujuk kedua-dua bahasa media masa-kini sepanjang Afrika Utara dan Timur Tengah dan kepada bahasa Al-Quran. (Expresi media di sini termasuk kebanyakan televisyen dan radio, dan praktikalnya semua hal bertulis, dan pembaca utama untuk kanak-kanak kecil.) Arab "Basahan" atau "dialek" merujuk kepada banyak kebangsaan atau kawasan beraneka dipemerolehan dari Arab Klasikal, dituturkan secara harian sepanjang Afrika Utara dan Timur Tengah, dimana membentuk tiap-tiap hari bahasa bertutur. Ini kadangkala cukup membezakan untuk menjadi saling tidak dapat difahami. Dialek ini adalah tidak tipikalnya ditulis, walaupun sedikit kadar kesusasteraan (terutamanya lakonan dan sajak) wujud dalam banyak dari mereka. Mereka selalunya digunakan untuk membezakan darjah dalam media bertutur tidak rasmi, seperti opera sabun dan siaran bulanan. Kesusasteraan Arab atau klasikal Arab adalah bahasa rasmi dari semua negara Arab dan adalah hanya bentuk Arab yang diajar di sekolah pada semua peringkat.
Situasi sosiolinguistik Arab dalam masa moden memberikan contoh perdana dari fenomena linguistik diglosia-yang biasa menggunakan dua beraneka terasing dari bahasa yang sama, biasanya dalam situasi sosial yang berlainan. Dalam kes Arab, Arab berpendidikan dari mana-mana warganegara boleh dianggap untuk bertutur kedua-dua dialek tempatan mereka dan sekolah-diajar kesusastreraan Arab mereka. Situasi fasiliti disglosik tukaran kod ini dalam dimana seorang penutur menukar ulang-alik tidak sedar antara dua aneka bahasa, kadangkala juga di dalam ayat yang sama. Dalam misalannya dimana Arab dari berlainan warganegara memulakan perbualan hanya untuk jumpa bahawa dialek mereka secara besarnya tidak dapat difahami (c.t.h Maghribi berbual dengan Lubnan), kedua-dua sepatutnya mampu untuk tukar kod kedalam Kesusasteraan Arab demi untuk komunikasi.
Seperti bahasa lain, kesusasteraan Arab terus berkembang dan satu boleh membezakanKlasikal Arab (terutamanya dari pra-Islam hingga ke tempoh Abbasid, termasuk Al- Qur'an Arab) dan Piawai moden arab seperti digunakan kini. Klasikal Arab dianggap normatif; pengarang moden cuba (dengan membezakan darjah kejayaan) untuk mengikut sintaktik dan norma tatabahasa yang turun diletakkan oelh pentatabahasa Klasikal (seperti Sibawiyd), dan untuk menggunakan kosa kata ditakrifkan dalam kamus Klasikal (seperti Lisan Al-Arab.) Bagaimanapun, ketersesakan dari kemoden telah membawa kepada penerimaan dari banyak istilah dimana boleh menjadi misteri kepada pengarang Klasikal, samada diambil dari bahasa lain (cth فيلم filem) atau diistilahkan dari sumber leksikal yang wujud (cth هاتف haitf "telefon" < "pemanggil"). Pengaruh struktural dari bahasa asing atau dari basahan telah juga mempengaruhi Piawai Modeen Arab: sebagai contoh, teks MSA kadalgkala menggunakan format "X, X, X, dan X dan X", dan ayat subjek-mulaan adalah nayata sekali lebih biasa dalam MSA berbanding dalam Klasikal Arab. Untuk sebab ini, Piawai Moden Arab secara umumnya dilayan secara terasing dalam sumber bukan-Arab.

Sabtu, 7 Januari 2012

Mengapa Penting Untuk Menurunkan Berat Badan?

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.


SUMBER

Khamis, 5 Januari 2012

HATI DAN JIWA YANG MAMPU MENGAWAL AMARAH

   
 Bersegeralah menuju ampunan Allah yang mempunyai syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik pada masa lapang ataupun diwaktu sempit, dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang, Allah akan memberi hidayah-Nya kepada orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

     Marah itu dapat merosakkan iman, seperti pahitnya jadam merosakkan manisnya madu. tidaklah dikatakan pemberani kerana seseorang cepat meluapkan amarahnya. Seseorang pemberani adalah orang yang dapat menguasai diri dan hawa nafsunya ketika dia marah.

     Dari Abu Hurairah, bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Berilah nasihat kepadaku." Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu marah!" lalu baginda mengulanginya.

     Amarah tidak mulak seratus-peratus dilarang kerana amarah itu sebahagian dari anugerah Allah s.w.t. yang mesti kita ketahui amarah yang bagaimana yang boleh membawa berkat dan amarah yang bagaimana yang boleh mendatangkan musibah.

    Menurut Rasulullah, marah itu seperti jadan yang merosakkan manisnya madu. Sekuat mana pun keimanan seseorang sekiranya dia seorang pemarah maka boleh rosak kualiti keimanannya.

    Ada orang yang lambat marahnya, lambat redanya dan lama bermusuhannya. Ini termasuk dalam kategori marah yang buruk. Ada juga orang yang cepat marah dan cepat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang kurang bagus. ada juga yang orang yang cepat marah dan lamabat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang paling buruk. Dan yang paling bgus adalah lambat marahnya tetapi cepat redanya...

     Berbahagialah orang yang punya kesedaran untuk menahan amarahnya, bukan tidak boleh marah tetapi sebolehnya tahan sekuat-kuatnya. Kita tidak boleh memaksa orang lain berbuat ramah dan sopan kepada kita. Makin banyak harapan kita kepada orang lain maka makin besar kemungkinan kita akan sakit hati  Jadi kita tidak boleh memaksa orang lain bersikap seperti kita inginkan. yang mesti kita usahakan, kita mesti boleh mengambil sikap terhadap orang lain dengan sikap yang terbaik, apa pun yang mereka lakukan.

     Jadi sekiranya ada orang yang marah jangan ditentang tetapi hendaklah diterima, bukannya membenarkan kemarahan tetapi memahaminya untuk berdamai. Dengan adanya amarah kita mampu membela keluarga kita, dengan adanya amarah, kita mampu membela agama kita dan dengan adanya amarah juga, kita mamapu membela orang yang lemah.

     Rasulullah marah pada ketika yang tepat dengan alasan yang tepat, hasilnya manfaat. Seperti ketika pembahagian harta setelah perang Hunain berakhir. Kaum Ansar menuduh Rasulullah tidak adil. Rasulullah marah dan berkata: "Jika Allah dan Rasul-Nya tidak adil maka siapa lagi yang adil. Marahnya Rasulullah singkat, mempunyai makana yang mendalam, dan tidak menyakiti sesiapa pun akan tetapi membangkitkan kesedaran. Yang paling penting sekiranya kita marah kepada seseorang dan natijahnya berubah menjadi baik @ lebih baik, tanpa terluka dan tanpa berlaku zalim.

     Menahan amarah adalah dengan cara banyak beristigfar, banyak membaca ta'wwudz, berwudhuk atau pindah dari tempat tersebut. Jangan biarkan kita berda di tempat yang akan memancing kemarahan dan jika kita sudah marah sebaiknya kita bertaubat kepada Allah s.w.t.... Wallahu'alam..


p/s: penulis mendokan agar semua pembaca dapat mendidik qalbu dalam menahan amarah.. =)

Jumaat, 16 Disember 2011

qalbu yang tidak takut kepada celaan


Kejernihan dan kekotoran hati seseorang itu akan nampak jelas tatkala dia dikritik, mendapat celaan atau penghinaan orang lain. bagi orang yang lemah dan goyah imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia skan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan membalas. mungkin dengan cara-cara mengorek aib lawannya tersebut atau mencari alasan-alasan untuk membela diri, yang ternyata perbuatannya tersebut hanya akan membuatnya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Sama seperti orang yang duduk di satu kerusi sementara dibawahnya ada seekor ular berbisa yang bersedia mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahay yang mengancamnya itu. yang seorang menyampaikannya dengan cara yang halus, sedangkan yang lainnya dengan cara yang kasar. Namun, apa yang berlaku? setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulnya, bukan kepada ular namum kepada orang -orang yang memberitahu adanya ular tersebut.

Lain halnya dengan orang yang mempunyai kejernihan hati dan ketinggian akhlak. ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedasyat manapun, dia tetap tabah. Tidak goyah sedikit pun. Mlah ia dapat menikmatinya kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpa tersebut semata-mata berlaku dengan seizin Allah s.w.t.

Allah tahu segala aib dan cela hamba-Nya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa sahaja dan melalui apa sahaja yang dikehendaki-Nya. terkadang berbentuk nasihat yang halus, adakalanya menerusi percakapan dan gurauan seseorang kawan, bahkan kadang-kadang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia juga boleh muncul melalui lisan seseorang guru, ulama, ibu bapa, sahabat, adik, musuh , atau siapa sahaja. Terserah Allah s.w.t.

oleh itu, kenapa anda mesti menyibukkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi anda? padahal semestinya anda bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana tanpa anda membayar atau anda gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukan dan aib yang mengancam amal-amal soleh anda diakhirat kelak.

Justeru, jangan aneh jika anda saksikan orang-orang mulia dan ulama yang soleh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atau pemberitahuan aib yang tidak nampak oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat yang dikasihi sekelian, bagi anda yang berlumur dosa ini, mestilah sentiasa waspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh datang dengan bermacam-macam bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritik. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya menyakitkan.

Bentuk kritik yang mana pun datang kepada anda, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan anda dihadapan siapa pun, sekiranya sikap anda dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t. kerana, sesungguhnya kemulian dan keredhaan-Nyalah yang menjadi penentu.

Allah s.w.t. berfirman:
"Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha engetahui."


    Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina anda, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri anda, maka ia tidak akan membuat diri anda menjadi jatuh ke lembah kehinaan.

    Apalah erttinya kekuatan si makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang kerap lupa bahawa kudrat dan iradat Allah itu berada dia atas segalanya sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya berda dalam genggaman tangannya. Na'udzubillaah!!!


Padahal, Allah s.w.t. telah berfirman:
" Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan.
Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                                                                                                                                     (Surah Ali-Imran)

Ahad, 11 Disember 2011

pembahagian jenis kata (kalimah)

Dalam bahasa Arab jenis kata atau yang di dalam bahasa Arab disebut "kalimah" (word), itu terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

  1. Kalimah fi'il
  2. kalimah Isim
  3. Kalimah huruf
Untuk lebih jelas tentang pembahagian kata dalam bahas arab tersebut, berikut ini akan dijelaskan masing-masing pembahagian jenis kata-kata diatas.


KALIMAH FI'IL

Kalimah Fi'il (verb) ialah mana-mana kata yang menunjukkan pekerjaan atau perbuatan dan berhubungan dengan masa tertentu. Seperti masa lampau (past tense), sekarang (present tense), dan akan datang (futuru tense). dalam bahasa Melayu kalimah Fi'il ini biasa disebut dengan kata kerja.

Kalimah Fi'il ini terbahagi kepada tiga bahagian kata, iaitu;

1. KALIMAH FI'IL MADHI, iaitu kata kerja yang menunjukkan pekerjaan yang telah dilakuakan pada masa lampau atau yang juga biasa disebut dengan zaman madhi (past tense). seperti contoh;


2. KALIMAH FI'IL MUDHORI', iaitu kata kerja yang menunjukkan pekerjaan yang dilakukan pada masa sekarang (yang juga biasa disebut dengan zaman hal (present tense) atau akan datang (yang juga biasa disebut dengan zaman mustaqbal (future tense). seperti contoh;

3. KALIMAH FI'IL AMAR. iaitu kata kerja yang menunjukkan permintaan untuk melakukan pekerjaan atau yang juga disebut dengan thalab (imperative) seperti contoh;


Masing-masing jenis fi'il-fi'il diatas mempunyai ciri-ciri tersendiri akan dihuraikan dibawah ini nanti dalam perbahasahan khas tentang fi'il.


KALIMAH ISIM

Kalimah isim (noun) ialah kata yang menunjukkan bentuk benda-benda konkrit. Dalam bahasa Melayu kalimah isim ini biasa disebut dengan "kata benda".

Kalimah isim ini banyak jenisnya. Namun jenis kata ini sangat mudah dikenali kerana ciri-cirinya. Ciri-ciri kalimah isim tersebut adalah sebagai berikut:


1. Dapat ditanwinkan, seperti contoh;

2. Disertai dengan "al" ta'rif (الْ) didalamnya.

3. Ada huruf nida' atau huruf yang digunakan untuk memanggil (vocative),

4. Dapat dii'rab jar (baris bawah) dengan memasukkan huruf jar atau diidhafahkan (genitive instruction),


KALIMAH HURUF

Kalimah Hurf ialah mana-mana kata yang tidak mempunyai makna jika tidak disambung dengan kata yang lain. Seperti contoh;

(Belum) لَمْ (adakah) هَلْ (kalau) إِنْ (di) فِي

Kata-kata diatas tidak akan dapat ber'amal atau berlaku bila tidak disambungkan bersama dengan kalimah yang lain. Sama ada dari unsur kalimah fi'il mahupun kalimah isim. berikut ini adalah contoh kalimah huruf yang telah dapat ber'amal selepas disambung dengan kalimah yang lain;

Sabtu, 10 Disember 2011

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah


Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes