(Riwayat Ibn Majah)

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Orang yang berjaya datangnya daripada minda yang cekap dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yang berhikmah dan didokong oleh jasad jasmani yang sihat

Sabtu, 5 November 2011

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Air Zamzam adalah penghulu segala air. Air yang paling baik dan tinggi darjatnya, paling disukai dan paling berharga bagi umat manusia. Air Zamzam adalah ‘lesung’ Jibril dan ‘minuman’ ⁴ Ismail.

Menurut riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar yang ketika itu sudah menetap di Makkah selama empat puluh malam, tanpa mempunyai sedikit pun makanan. Nabi s.a.w. berkata kepadanya: “Sesungguhnya air Zamzam itu adalah makanan bagi yang lapar….” Dalam riwayat selain Muslim ditambahkan: “….dan ubat bagi penyakit….”

Manakala dalam Sunan ibnu Majah menerusi hadis Jabir bin Abdullah, dari Nabi bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شَرِبَ لَهُ.

"Air Zamzam member khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya.”

Sebahagian ulama menyatakan hadis ini lemah kerana dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah Al-Muammal,⁵ meriwayatkan dari Muhammad bin Muslim⁶ (Al-Makki).

Kami mendapat riwayat dari Abdullah bin Al-Mubarak bahawa Baginda pernah berhaji dan mendatangi perigi Zamzam sambil berdoa: “Sesungguhnya Ibnu Abil Maula⁷ menyampaikan satu riwayat kepada kami, dari Muhammad bin Al-Munkadir, dari Jabir, dari Nabi bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شَرِبَ لَهُ فَإِنِّى أَشْرَبُ لِظَمَأٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Air Zamzam itu berkhasiat bergantung pada niat orang yang meminumnya. Aku sengaja meminumnya untuk menghadapi rasa haus di akhirat nanti.”

Ibnu Abul Mawali seorang perawi yang dipercayai, hingga hadis ini hasan, bahkan sebahagian ulama menyatakannya sebagai hadis sahih. Sebahagian diantara mereka menganggapnya sebagai hadis maudhu’. Setiap satu dari kedua-dua pendapat itu (yang menyatakan sahih @ palsu), adalah pendapat yang agak keterlaluan.

Penulis sendiri dan banyak muslim lainnya telah mencuba meminum air Zamzam dengan niat mendapat pelbagai keajaiban. Penulis pernah meminumnya dengan niat mendapat kesembuhan dari beberapa jenis penyakit, dengan izin Allah seluruh penyakit itu sembuh. Penulis juga menyaksikan sendiri ramai diantara mereka yang menjadikan air Zamzam sebagai pengganti makanan berhari-hari hingga setengah bulan atau lebih, tetapi mereka idak merasa lapar, bahkan boleh ikut bertawaf sebagaimana orang lain. Bahkan ada yang memberitahu penulis bahawa ada yang bertahan hingga empat puluh hari dalam keadaan segar bugar, boleh berpuasa dan terus menerus bertawaf hanya dengan minum air Zamzam… Wallahua’lam.

(⁴) Begitulah dalam naskah asal dan Zadul Ma’ad serta Al-Fathul Kabir III: 75. Dalam Al-Hakam tidak demikian. Dua kalimat itu adalah dicupilkan dari sebuah hadis masyhur.

(⁵) Begitulah dalam Zadul Ma’ad dan Sunan Ibnu Majah II: 130. Manakala dalam naskah asal disebutkan: “…Ibnu Abil Mawali” itu satu kesilapan

Jumaat, 4 November 2011

Pahala Amal Bergantung Kepada Niat (Hadis 40 Imam Nawawi, bab 1)



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.”

(It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:
"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated.")

(riwayat al-Bukhari no 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689.6953, muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasa’I no. 1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)


PERTAMA

Dalam hadi ini disebutkan kalimah “diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya.” Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat. Maksunya, segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama. Misalnya wuduk, mandi wajib, tayamum, solat , zakat, puasa, haji, iktikaf dan ibadah-ibadah lain.

Bagaimanapun, ada segolongan ulama yang berpendapat bahawa wuduk dan mandi tetap sah sekalipun tanpa niat. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.

Sebahagian memahami niat itu sebagai syarat, iaitu amal itu sah hanya apabila disertai dengan niat dan sebahagian yang lain memahami niat itu sebagai penyempurnaan.

KEDUA

Kalimah “sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya” menurut Khatabi menunjukkan penertian berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.

Juga Syeikh Muhyidin al-Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.

Sekiranya seseorang mengqada solatnya yang telah luput, dinilai tidak sah tanpa niat qada. Juga dia harus berniat jenis solat yang sama ada solat zuhur, asar atau lain-lainnya. Sekiranya kalimah kedua dia atas menetapkan pengertian seperti yang pertama, nescaya dibenarkan mencukupkan niat tanpa mengkhususkan perbuatannya, atau asal sudah berniat solat sahaja.


KETIGA

Berhubung kalimah “Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya,” ahli bahasa Arab menetapkan bahawa kalimah “ syarat dan jawabnya”, begitu juga “mubtada’ (subjek) dan khabar (prediket)” Haruslah berbeza. Sedangkan dalam kalimah di atas ternyata kedua-duanya sama. Kerana itu, kalimah syaratnya bermakna niat atau maksud baik secara bahasa mahupun syariat.

Maksudnya, sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka akan mendapat pahala daripada hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

KEEMPAT

Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan, minum, tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.

KELIMA

Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:

  1. IBADAH HAMBA: Ibadah orang yang takut kepada Allah.
  2. IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
  3. IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.
KEENAM

Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan di dunia dan mendapat pahala di akhirat.


"Hadis ini diturunkan kerana seorang lelaki yang mengikuti Rasulullah berhijrah dari Mekkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Kerana itu dia digelar Mujahir Ummu Qais


KEUTAMAAN & KELEBIHAN 10 BULAN ZULHIJJAH



Bulan Zulhijjah menghampiri kita. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan

dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, "Demi fajar, dan malam yang sepuluh" Al Fajr:1-2

Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir). (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini, “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya, sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf”. (Ibnu Kathir:4/535)

Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah Al Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut. Allah Taala berfirman, maksudnya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak”. (Al Hajj:27-28)

Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menukilkan riwayat dari Ibnu Abbas, “Al Ayyam Al Ma’lumat (hari-hari yang ditentukan) adalah hari-hari yang sepuluh” (Tafsir Ibnu Kathir:3/239). Maka dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan kemuliaan hari-hari yang sepuluh dari Zulhijjah telah datang secara jelas dalam Al Quran Al Karim yang dinamakan dengan Ayyam Ma’lumat karena keutamaannya dan kedudukannya yang mulia.

Manakala dari hadis, terdapat keterangan yang menunjukkan keutamaan dan kemuliaan sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah ini, di antaranya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, "Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)". Para sahabat bertanya, "Tidak pula jihad di jalan Allah? Nabi S.A.W, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun" (Sunan Abi Daud dan Ibnu Majah).

Dianjurkan ke atas orang Islam pada hari-hari tersebut untuk bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, di antaranya solat, membaca Al Quran, zikruLlah, memperbanyak doa, membantu orang-orang yang kesusahan, menyantuni orang miskin, memperbaharui janji kepada Allah Taala. Masih ada satu amalan lagi yang utama pada hari-hari tersebut, iaitu berpuasa sunnah di dalamnya.

Terdapat dalam Sunan Abi Daud dan lainnya menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada 9 Dzulhijjah (rujuk Sunan Abi Daud no.2437)

Manakala Syeikh Muhammad bin Soleh Al Munajjid berkata, “Di antara musim ketaatan yang agung adalah sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang telah Allah muliakan atas hari-hari lainnya selama setahun dan hal ini diperkuat dengan beberapa bukti di bawah ini :

1. Allah Taala telah bersumpah dengannya. Dan bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil besarnya manfaat. Allah Taala berfirman bermaksud, “Demi fajar, dan malam yang sepuluh” (Al Fajr:1-2). Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zilhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibni Kathir:8/413)

2. Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersaksi bahawa hari-hari tersebut adalah seutama-utamanya hari-hari dunia sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis shahih.

3. Rasulullah S.A.W menganjurkan untuk memperbanyakkan amal solih di dalamnya. Sesungguhnya kemuliaannya mampu diperoleh oleh setiap penduduk negeri, sementara keutamaan tempat hanya dimiliki oleh jama’ah haji di Baitil Haram.

4. Rasulullah S.A.W juga memerintahkan untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibnu Umar R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal solih di dalamnya lebih dicintai olehNya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya” (Musnad Imam Ahmad 7/224, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya).

5. Di dalamnya terdapat Hari 'Arafah. Hari 'Arafah adalah hari yang disaksikan yang di dalamnya Allah menyempurnakan ajaran deenNya sementara puasanya akan menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun.

6. Di dalamnya terdapat ibadah 'udhiyyah (berkorban) dan haji".

Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaumun nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun. Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya. Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan bahagian dari nikmat Allah yang besar atasnya. Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikan segera untuk menghormatinya dengan semestinya. Dan kewajiban seorang Muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya menjalankan ketaatan. Sesungguhnya di antara kurnia Allah Taala atas hambaNya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan kepelbagaian bentuk ketaatan agar semangat seorang Muslim sentiasa thabat, tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah.

Ahad, 9 Oktober 2011

ATTAWABI’ LIL MANSHUBAT


ATTAWABI’ LIL MANSHUBAT

Sepertimana yang diketahui dalam bab marfu’atul asma’ bahawa diantara isim-isim yang dirafa’ itu ada yang disebut dengan at-tawabi’ lil marfu’at. Iaitu isim-isim yang secara I’rabnya mengikut I’rab isim yang diikutinya (matbu’). Yang dimaksudkan secara I’rabnya ini adalah juga dalam bentuk kata, seperti ddari segi mu’annats dan muzakkarnya serta mufrad, mutsanna dan jama’nya.

Isim-sim tabi’ yang mengikut I’rabnya matbu’nya tersebut ada 4, iaitu:

1. NA’AT atau SIFAT yang mengikut pada I’rab man’ut atau maushufnya.
2. ‘ATHAF yang mengikut pada i’rab ma’thufnya.
3. TAUKID yang mengikut pada i’rab mu’akkadnya.
4. BADAL yang mengikut pada i’rab mubdal minhunya.


Begitu juga didalam manshubatul asma’ atau ism-isim yang dii’rab nashab, 4 isim tabi’ ini akan berlaku juga jika isim yang diikutinya atau matbu’ itu dii’rab nashab. Seperti contoh;

Saya mengajar adik kecilku
عَلَّمْتُ أَخِيْ الصَّغِيْرِ
Hormatilah guru besar itu dan juga anaknya sekali
أَكْرِمْ الشَّيْخَ وَووَلَدَهُ
Sambutlah tetamu-tetamu itu semua
رَحِّبْ الضُّيُوفَ كُلَّهُمْ
Para sahabat memuliakan nabi Muhammad
أَكْرَمَ الصَّحَابَةُ النَّبِيِّ مُحَمَّدًا



Ayat-ayat diatas merupakan contoh-contoh at-tawabi’ lil manshubat. Contoh pertama adalah contoh na’at-man’ut. Yang kedua contoh ‘athaf-ma’thuf, ketiga taukid-mu’akkad, dan yang keempat untuk badal-mubdal minhu…

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila ke tajuk-tajuk yang berkenaan…

Jumaat, 7 Oktober 2011

ITHMID (CELAK)



ITHMID

(إثمد) Sejenis batu hitam yang biasa dibuat menjadi bahan asas celak, didatangkan dari belahan barat. Yang paling elok dari jenis celak ini adalah yang paling mudah melekat namun bahagian dalamnya halus, tidak mengandungi kotoran.

Gabungannya dari unsur sejuk dan kering, boleh menjaga dan menguatkan mata serta mengencangkan saraf, menjaga kesihatannya, menghilangkan daging lebih pada kudis dan bisul pada mata, kemudian membersihkan kotoran, menjernihkan penglihatan serta menghilangkan pening, jika digunakan sebagai celak mata, elok dicampur dengan madu yang cair.

Jika ia ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar, kemudian dicampur dengan abu bakaran, ianya dapat mencegah gangguan serangga. Berkhasiat juga untuk menghilangkan kepenatan. Ithmid adalah celak paling elok, terutama sekali untuk kaum tua yang sudah lamur matanya jika dicampur sedikit kasturi.

Sumber: kitab At-Tibb an-Nabawiy (karangan ibnu Qayyim Al-jauziah) bab65/1 m/s:364

Isnin, 19 September 2011

SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan,
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan,
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang,
Tapi aku, terus kepiluan.....
Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Khamis, 30 Jun 2011

Secara Asal, Air itu suci dan mensucikan


Hadits 2:



عَنْ أبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ – رضي الله عنه- قالَ : قالَ رَسُولُ الله – صلي الله عليه و سلم- : ((إِنَّ المَاءَ طَهُوْرٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيءٌ))
أخرجه الثلاثة, صححه أحمد.

Dari Abu Sa'id Al Khudriy radiyallahu 'anhu, beliau berkata, rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya air itu thohur (suci dan mensucikan), tidak ada sesuatupun yang dapat menajiskannya". Dikeluarkan oleh Imam yang tiga, dan Imam Ahmad menshahihkannya.

Darjat hadits:


Hadits ini shahih
.
  • Hadits ini juga dinamakan "hadits bi'ru bidho'ah". Imam Ahmad berkata, "hadits bi'ru bidho'ah ini shahih”.
  • Imam At Tirmidzi berkata "hasan".
  • Abu Usamah menganggap hadits ini baik. Hadits ini telah diriwayatkan dari Abu Sa'id dan selainnya dengan jalur lain.
  • Disebutkan di dalam "at Talkhish" bahwa hadits ini dishahihkan oleh Ahmad, Yahya bin Mu'in, dan Ibnu Hazm.
  • Al-Albani berkata, "periwayat pada sanadnya adalah periwayat Bukhori dan Muslim kecuali Abdullah bin Rofi'. Al Bukhori berkata, "keadaannya majhul", akan tetapi hadits ini telah dishahihkan oleh imam-imam sebagaimana yang telah disebutkan di atas.
  • Hadits ini adalah hadits yang masyhur (dikenal) dan diterima oleh para imam.
  • Syaikh Shodiq Hasan di kitab Ar-Raudah, "Telah tegak hujjah dengan pen-shahih-an oleh sebagian imam . Telah dishahihkan juga (selain yang telah disebutkan di atas) oleh Ibnu Hibban, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Taimiyah, dll. Walaupun Ibnul Qothon mencacati hadits ini dengan majhulnya riwayat dari Abu Sa'id, akan tetapi pencacatan oleh satu orang Ibnul Qothon tidak dapat melawan penshahihan oleh imam-imam besar (yang telah disebutkan di atas).

Kosa Kata:


  • Kata طهور (Thohur), artinya suci substansinya dan dapat mensucikan selainnya.

  • Kata لا ينجسه شيء (Laa yunajjisuhu syai-un) = tidak ada yang sesuatupun yang dapat menajiskannya. Perkataan ini dimuqoyyad-kan (diikat) dengan syarat yaitu sesuatu (najis) tersebut tidak mengubah salah satu dari tiga sifat air, yaitu bau, rasa, dan warna.

Hadits 3:

و عَنْ أبي أمَامََةَ الباهِِلي - – رضي الله عنه- قالَ : قالَ رَسُولُ الله – صلي الله عليه و سلم-
: ((إِنَّ المَاءَ لا يُنَجِّسُهُ شَيءٌ, إلاَّ ما غَلَبَ عَلىَ رِيحهِ و طَعّمِهِ و لَوْنِهِ ))

أخرجَهُ ابنُ مَاجح, و ضعَّفَهُ أبُو حاتِم. و للبيهاقي :
((المَاءُ طَاهِرٌ إلاَّ إنْ تَغَيَّرَ رِيحُهُ أَوْ طَعمُهُ أو لَوْنُهُ بِنَجَاسَةٍ تَحْدُثُ فِيهِ))


Dari Abu Umamah Al Baahiliy radiyallahu 'anhu beliau berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya air tidak ada sesuatupun yang dapat menajiskannya, kecuali yang mendominasi (mencemari) bau, rasa, dan warnanya". Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, didhoifkan oleh Abu Hatim. Dalam riwayat Al Baihaqi, "Air itu thohur (suci dan mensucikan) kecuali jika air tersebut berubah bau, rasa, atau warna oleh najis yang terkena padanya."

Darjat Hadits:


  • Bagian pertama hadits adalah shahih, sedangkan bagian akhirnya adalah dho’if. Ungkapan "Sesungguhnya air tidak ada sesuatupun yang menajiskannya" telah ada dasarnya di hadits bi'ru bidho'ah (hadits 2).

  • Adapun lafadz tambahan “kecuali yang mendominasi (mencemari) bau, rasa, dan warnanya”, Imam an Nawawi berkata, "para ahli hadits bersepakat atas ke-dho'if-an lafadz ini, karena di dalam isnadnya ada Risydain bin Sa'ad yang disepakati ke-dho'if-an-nya. Akan tetapi, Ibnu Hibban di dalam shahihnya menukil adanya ijma' ulama untuk mengamalkan maknanya.
    Shodiq berkata di kitab Ar-Raudhoh, "Para ulama bersepakat terhadap dho'ifnya tambahan ini, akan tetapi ijma' ulama mengakui kandungan maknanya".

Faedah Hadits (2 dan 3):


  1. Kedua hadits ini menunjukkan bahwa, secara asal, air adalah suci dan mensucikan, tidak ada sesuatupun yang dapat menajiskannya.

  2. Kemutlakan ini dimuqoyyadkan (diikat) dengan syarat yaitu sesuatu (najis) tersebut tidak mengubah bau, rasa, atau warna air, jika berubah maka air tersebut ternajisi (menjadi najis), baik air tersebut sedikit ataupun banyak.

  3. Yang meng-muqoyyad-kan kemutlakan ini adalah ijma' umat islam bahwa air yang berubah oleh najis, maka air tersebut ternajisi (menjadi najis), baik air tersebut sedikit ataupun banyak.
    Adapun lafadz tambahan yang datang pada hadits Abu Umamah maka itu dho'if, tidak tegak hujjah dengannya, akan tetapi:
    • Imam An-Nawawi berkata, "para ulama telah ijma' terhadap hukum dari lafadz tambahan ini".

    • Ibnu Mundzir berkata, "Para ulama ijma' bahwa air yang sedikit ataupun banyak jika terkena najis dan mengubah rasa, warna, atau bau air tersebut, maka air tersebut ternajisi (menjadi najis).

    • Ibnul Mulaqqin berkata, "terlepas dari kedhoifan tambahan (yang mengecualikan) tersebut, ijma’ dapat dijadikan hujjah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam As Syafi'i dan Al Baihaqi, dan selain keduanya.
      Syaikhul Islam berkata, "Apa yang telah menjadi ijma' oleh kaum muslimin maka itu berdasarkan nash, kami tidak mengetahui satu masalahpun yang telah menjadi ijma' kaum muslimin tetapi tidak berdasarkan nash.


Sumber : kitab Taudhihul Ahkam min Bulughil Marom karya Syaikh Abdullah Al Bassam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes