Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.”
(It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:
"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated.")
(riwayat al-Bukhari no 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689.6953, muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasa’I no. 1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)
PERTAMA
Dalam hadi ini disebutkan kalimah “diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya.” Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat. Maksunya, segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama. Misalnya wuduk, mandi wajib, tayamum, solat , zakat, puasa, haji, iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
Bagaimanapun, ada segolongan ulama yang berpendapat bahawa wuduk dan mandi tetap sah sekalipun tanpa niat. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.
Sebahagian memahami niat itu sebagai syarat, iaitu amal itu sah hanya apabila disertai dengan niat dan sebahagian yang lain memahami niat itu sebagai penyempurnaan.
KEDUA
Kalimah “sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya” menurut Khatabi menunjukkan penertian berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.
Juga Syeikh Muhyidin al-Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.
Sekiranya seseorang mengqada solatnya yang telah luput, dinilai tidak sah tanpa niat qada. Juga dia harus berniat jenis solat yang sama ada solat zuhur, asar atau lain-lainnya. Sekiranya kalimah kedua dia atas menetapkan pengertian seperti yang pertama, nescaya dibenarkan mencukupkan niat tanpa mengkhususkan perbuatannya, atau asal sudah berniat solat sahaja.
Berhubung kalimah “Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya,” ahli bahasa Arab menetapkan bahawa kalimah “ syarat dan jawabnya”, begitu juga “mubtada’ (subjek) dan khabar (prediket)” Haruslah berbeza. Sedangkan dalam kalimah di atas ternyata kedua-duanya sama. Kerana itu, kalimah syaratnya bermakna niat atau maksud baik secara bahasa mahupun syariat.
Maksudnya, sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka akan mendapat pahala daripada hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
KEEMPAT
Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan, minum, tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.
KELIMA
Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:
- IBADAH HAMBA: Ibadah orang yang takut kepada Allah.
- IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
- IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.
0 ulasan:
Catat Ulasan