ITHMID
(إثمد) Sejenis batu hitam yang biasa dibuat menjadi bahan asas celak, didatangkan dari belahan barat. Yang paling elok dari jenis celak ini adalah yang paling mudah melekat namun bahagian dalamnya halus, tidak mengandungi kotoran.
Gabungannya dari unsur sejuk dan kering, boleh menjaga dan menguatkan mata serta mengencangkan saraf, menjaga kesihatannya, menghilangkan daging lebih pada kudis dan bisul pada mata, kemudian membersihkan kotoran, menjernihkan penglihatan serta menghilangkan pening, jika digunakan sebagai celak mata, elok dicampur dengan madu yang cair.
Jika ia ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar, kemudian dicampur dengan abu bakaran, ianya dapat mencegah gangguan serangga. Berkhasiat juga untuk menghilangkan kepenatan. Ithmid adalah celak paling elok, terutama sekali untuk kaum tua yang sudah lamur matanya jika dicampur sedikit kasturi.
Sumber: kitab At-Tibb an-Nabawiy (karangan ibnu Qayyim Al-jauziah) bab65/1 m/s:364
Jumaat, 7 Oktober 2011
ITHMID (CELAK)
7:29 PG
Kembara Ilham
No comments
0 ulasan:
Catat Ulasan