Ahad, 8 Januari 2012
KESUSASTERAAN & PIAWAI MODEN ARAB
Sabtu, 7 Januari 2012
Mengapa Penting Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.
BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?
Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.
SUMBER
Khamis, 5 Januari 2012
HATI DAN JIWA YANG MAMPU MENGAWAL AMARAH
Bersegeralah menuju ampunan Allah yang mempunyai syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik pada masa lapang ataupun diwaktu sempit, dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang, Allah akan memberi hidayah-Nya kepada orang-orang yang suka berbuat kebajikan.
Marah itu dapat merosakkan iman, seperti pahitnya jadam merosakkan manisnya madu. tidaklah dikatakan pemberani kerana seseorang cepat meluapkan amarahnya. Seseorang pemberani adalah orang yang dapat menguasai diri dan hawa nafsunya ketika dia marah.
Dari Abu Hurairah, bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Berilah nasihat kepadaku." Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu marah!" lalu baginda mengulanginya.
Amarah tidak mulak seratus-peratus dilarang kerana amarah itu sebahagian dari anugerah Allah s.w.t. yang mesti kita ketahui amarah yang bagaimana yang boleh membawa berkat dan amarah yang bagaimana yang boleh mendatangkan musibah.
Menurut Rasulullah, marah itu seperti jadan yang merosakkan manisnya madu. Sekuat mana pun keimanan seseorang sekiranya dia seorang pemarah maka boleh rosak kualiti keimanannya.
Ada orang yang lambat marahnya, lambat redanya dan lama bermusuhannya. Ini termasuk dalam kategori marah yang buruk. Ada juga orang yang cepat marah dan cepat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang kurang bagus. ada juga yang orang yang cepat marah dan lamabat redanya. Ini termasuk dalam kategori marah yang paling buruk. Dan yang paling bgus adalah lambat marahnya tetapi cepat redanya...
Berbahagialah orang yang punya kesedaran untuk menahan amarahnya, bukan tidak boleh marah tetapi sebolehnya tahan sekuat-kuatnya. Kita tidak boleh memaksa orang lain berbuat ramah dan sopan kepada kita. Makin banyak harapan kita kepada orang lain maka makin besar kemungkinan kita akan sakit hati Jadi kita tidak boleh memaksa orang lain bersikap seperti kita inginkan. yang mesti kita usahakan, kita mesti boleh mengambil sikap terhadap orang lain dengan sikap yang terbaik, apa pun yang mereka lakukan.
Jadi sekiranya ada orang yang marah jangan ditentang tetapi hendaklah diterima, bukannya membenarkan kemarahan tetapi memahaminya untuk berdamai. Dengan adanya amarah kita mampu membela keluarga kita, dengan adanya amarah, kita mampu membela agama kita dan dengan adanya amarah juga, kita mamapu membela orang yang lemah.
Rasulullah marah pada ketika yang tepat dengan alasan yang tepat, hasilnya manfaat. Seperti ketika pembahagian harta setelah perang Hunain berakhir. Kaum Ansar menuduh Rasulullah tidak adil. Rasulullah marah dan berkata: "Jika Allah dan Rasul-Nya tidak adil maka siapa lagi yang adil. Marahnya Rasulullah singkat, mempunyai makana yang mendalam, dan tidak menyakiti sesiapa pun akan tetapi membangkitkan kesedaran. Yang paling penting sekiranya kita marah kepada seseorang dan natijahnya berubah menjadi baik @ lebih baik, tanpa terluka dan tanpa berlaku zalim.
Menahan amarah adalah dengan cara banyak beristigfar, banyak membaca ta'wwudz, berwudhuk atau pindah dari tempat tersebut. Jangan biarkan kita berda di tempat yang akan memancing kemarahan dan jika kita sudah marah sebaiknya kita bertaubat kepada Allah s.w.t.... Wallahu'alam..
p/s: penulis mendokan agar semua pembaca dapat mendidik qalbu dalam menahan amarah.. =)
Jumaat, 16 Disember 2011
qalbu yang tidak takut kepada celaan
"Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha engetahui."
Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina anda, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri anda, maka ia tidak akan membuat diri anda menjadi jatuh ke lembah kehinaan.
Apalah erttinya kekuatan si makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang kerap lupa bahawa kudrat dan iradat Allah itu berada dia atas segalanya sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya berda dalam genggaman tangannya. Na'udzubillaah!!!
Padahal, Allah s.w.t. telah berfirman:
" Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan.
Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Ali-Imran)
Ahad, 11 Disember 2011
pembahagian jenis kata (kalimah)
- Kalimah fi'il
- kalimah Isim
- Kalimah huruf
Sabtu, 10 Disember 2011
TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka
Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Selasa, 15 November 2011
KAHSIAT RUTAB (Kurma Masak Yang Belum Dijemur)

RUTAB (Kurma Masak Yang Belum Dijemur)
Allah s.w.t. berfirma kepada Maryam didalam Surah Maryam, ayat ke 25 dan 26 yang bermaksud :
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu……”
Di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Jaafar, bahawa ia mengkhabarkan: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. memakan timun dengan kurma masak.” Manakala dalam Sunan Abi Daud diriwayatkan dari Anas bahawa ia mengkhabarkan: Rasulullah s.a.w. biasa berbuka puasa dengan memakan beberapa kurma masak sebelum sembahyang. Jika tidak ada kurma yang masih segar, Baginda memakan kurma masak yang sudah dijemur. Jika tidak ada juga, baginda cukup meneguk air putih sahaja (air kosong).
Sifat kurma masak yang segar adalah panas dan lembap, boleh menguatkan perut basah dan amat sesuai dengan keadaan perut secara alami, menambah stamina, menyuburkan pertumbuhan badan serta amat sesuai untuk mereka yang mempunyai penghadaman sejuk, pada waktu yang sama juga mengandungi banyak zat yang berguna.
Kurma adalah buah-buahan yang paling sesuai untuk penduduk Madinah dan juga kota-kota lain di negeri-negeri yang mempunyai kurma. Kurma lebih elok untuk tubuh, meskipun bagi yang belum terbiasa meyebabkan bau badan yang tidak sedap bahkan boleh menyebabkan darah berlebihan, dan jika dimakan terlalu banyak menyebabkan pening dan pandangan menjadi pitam serta menyebabkan sakit gigi. Cara mengatasinya ialah dengan meminum minuman sakanjabin (sejenis minuman dari Parsi) dan seumpamanya.
Cara Nabi s.a.w. berbuka puasa dengan memakan kurma atau air putih mengandungi hikmah yang mendalam sekali, ini kerana ketika berpuasa perut menjadi kosong dari sebarang makanan, justeru tidak ada yang amat sesuai untuk hati yang dapat diberi terus ke setiap organ tubuh serta menjadi tenaga, selain kurma dan air. Karbohidrat ayang ada dalam kurma lebih mudah sampai ke hati dan lebih sesuai dengan keadaan organ tersebut. Terutama sekali kurma nasak yang masih segar. Hati akan lebih mudah menerimanya hingga amat berguna bagi organ ini sekaligus juga boleh langsung menjadi tenaga.
Jika tidak ada kurma segar, kurma masak yang kering pun baik, kerana ia juga mengandungi zat gula serta mengenyangkan. Jika tidak ada juga, cukup dengan beberapa teguk air sekadar untuk memadamkan panas perut akibat puasa hingga siap menerima makanan selepas itu, dan menambahkan selera makan..
Sumber: kitab At-Tibb an-Nabawiy (Ibnu Qayyim Al-Jauziah) bab65/15, m/s:395,396


4:52 PTG
Kembara Ilham


